5 Perkara Penting yang Anda Wajib Tahu Mengenai Difteria


0
SHARES

Difteria ialah penyakit berjangkit berpunca daripada bakteria Corynebacterium diphteriae.

Melalui titisan pernafasan, difteria boleh merebak dari seorang ke seorang. Anda mungkin dijangkiti difteria apabila seorang yang dijangkiti batuk ataupun bersin berdekatan anda. Seseorang boleh dijangkiti difteria melalui sentuhan objek, seperti alat permainan yang mempunyai bakteria Difteria padanya. Ianya boleh membawa maut.

Apakah petanda dan simptom-simptom Difteria?

Bakteria tersebut menghasilkan racun yang memusnahkan tisu dalam sistem pernafasan, yang kebanyakannya berlaku di hidung dan tekak. Simptom-simptomnya difteria selalunya bermula dari dua hingga ke tujuh hari selepas jangkitan berlaku.

  • Demam 38 darjah Celsius
  • Keletihan dan kesejukan
  • Sakit tekak
  • Pembengkakan kelenjar leher
  • Kesusahan dan kesakitan semasa menelan
  • Batuk yang berbunyi kuat

Setelah bakteria memusnahkan tisu sihat, dalam masa dua ke tiga hari, tisu yang mati itu akan membentuk selaput yang tebal dan berwarna kelabu (dikenali sebagai “pseudomembran” yang boleh terjadi pada tekak atau hidung pesakit. Pesakit akan mengalami kesusahan semasa bernafas dan semasa menelan kerana pseudomembran itu menutupi tisu-tisu di dalam hidung, tonsil, kotak suara, dan tekak.

Racun itu juga boleh merebak dengan memasuki salur darah, merosakkan jantung, buah pinggang, dan saraf.

Image Source

Image Source

Apakah rawatan untuk pesakit Difteria?

Difteria ialah penyakit serius, maka para doktor akan merawat pesakit dengan cepat dan agresif.

Langkah pertama perawatan adalah suntikan antitoksin untuk membunuh bakteria. Doktor mungkin akan memulakan suntikan dalam jumlah yang kecil dan akan meningkatkan dos secara berperingkat sekiranya simptom tidak berkurangan.

Selain itu, doktor akan mempriskripsi ubat antibiotik, seperti erythromycin dan penicillin, untuk membuang jangkitan.

Pesakit difteria selalunya diminta untuk tinggal di wad isolasi (pengasingan) sehingga simptom mereka berkurangan – selalunya mengambil masa dalam tempoh 48 jam setelah mengambil antibiotik untuk mengelakkan penyebaran jangkitan kepada orang lain. Kemudian, doktor akan menjalankan ujian untuk memastikan  tiada lagi bakteria di dalam sistem badan.

Walaupun dengan rawatan, kira-kira 1 daripada 10 orang yang dijangkiti difteria didapati meninggal dunia.

Bagaimana untuk Mengelak Penyakit Ini?

  • Vaksinasi
  • Antibiotik
  • Mencuci tangan dengan sabun
  • Menutup mulut dengan kain atau tangan semasa batuk atau bersin

Apakah itu Vaksinasi?

Bayi dan Kanak-Kanak

Vaksin untuk difteria dikenali sebagai DTaP dan selalunya diberikan sebanyak 1 suntikan. Vaksin DTaP keseluruhannya sebanyak 5 suntikan dan diberikan kepada kanak-kanak menurut peringkat umur berikut:

  • 2 bulan
  • 4 bulan
  • 6 bulan
  • 12 hingga 18 bulan
  • 4 hingga 6 tahun

Praremaja dan Remaja

Adalah disarankan bahawa praremaja untuk mendapatkan dos Tdap pada umur 11 hingga 12 tahun.

Dewasa

Orang dewasa patut mendapatkan dos Td setiap 10 tahun sekali. Untuk perlindungan tambahan terhadap batuk, mana-mana orang dewasa yang tidak pernah mendapat dos Tdap seharusnya mendapatkan dos tersebut secepat yang mungkin. Dos Tdap menggantikan salah satu daripada dos Td.

Image Source

Image Source

Apakah Kesan Sampingan Vaksinasi?

Kebanyakan kanak-kanak tidak mengalami kesan sampingan suntikan vaksinasi. Walaubagaimanapun, mereka mungkin mengalami sedikit kesan sampingan seperti kemerahan, bengkak, sakit disebabkan suntikan, demam, dan muntah-muntah. Ianya berlaku kepada 1 dalam 4 kanak-kanak yang menerima suntikan.

Kesan sampingan yang lebih serius namun jarang berlaku termasuklah:

  • Demam melebihi 105 darjah Fahrenheit
  • Menangis tanpa henti selama 3 jam atau lebih
  • Sawan

Pernahkah anda mengalami situasi seperti di atas?



Nadia Natasya Mahammud

by Nadia Natasya Mahammud

View all articles by Nadia Natasya Mahammud.




JOIN OUR COMMUNITY

Don't miss out on latest medical tips and information!

Join us for FREE now to enjoy special health screening offers!

**Offers are limited to 200 subscribers only**

100% Privacy. We don't spam.

Latest Articles

  • What Is Osteoporosis?

    November 21, 2017 4261

  • Movember Series: 6 Superfoods To Prevent Prostate Cancer

    November 16, 2017 876

  • Movember Series: What Is Testicular Cancer?

    November 13, 2017 930

  • Movember Series: Depression In Men

    November 09, 2017 673

  • Movember Series: Prostate Cancer

    November 06, 2017 701