SHARES

Adakah anda betul-betul mengenali hempedu anda? Atau adakah anda langsung tidak tahu mengenainya? Teruskan membaca dan rahsia tentang hempedu bakal terbongkar.
Hempedu ialah sebuah kantung berbentuk buah pir yang tersembunyi di bawah hati anda, dalam erti kata lainnya terletak di bahagian kanan atas abdomen anda. Hempedu sememangnya mempunyai fungsinya yang tersendiri dan apa yang paling memeranjatkan ialah manusia boleh hidup tanpanya!
Merujuk gambar di atas, anda dapat lihat kantung berwarna hijau, ya, hempedu anda, ianya bersambung dengan tiub (duktus sista) yang menerima cecair daripada hati yang terletak di bahagian atas hempedu kemudian cecair tersebut akan disalurkan ke usus anda.
Organ hati menghasilkan dan merembeskan cecair hempedu, sejenis cecair berwarna kekuningan atau hijau gelap yang akan disimpan di dalam kantung hempedu. Semasa anda makan, hempedu anda akan mengecut dan melepaskan cecair hempedu ke dalam usus untuk mencerna komponen lemak dalam diet anda, termasuk vitamin A,D,E, and K.
Jadi, apakah yang mungkin berlaku kepada hempedu anda?
Batu karang hempedu! Siapa sangka anda tidak boleh mempunyai batu di dalam badan? Batu karang hempedu ialah sejenis struktur keras yang terhasil apabila salah satu daripada komponen cecair hempedu (selalunya kolestrol atau bilirubin) berada dalam kuantiti berlebihan dan menjadi terlalu pekat seterusnya membentuk batu-batuan keras.
Makanan yang tinggi kandungan kalori dan karbohidrat serta rendah fiber seperti roti putih dan nasi merupakan satu idea yang kurang baik dalam diet seharian anda.

Image from: https://i.ytimg.com/vi/L-lOwiSYEQo/maxresdefault.jpg
Cholelithiasis ialah terma perubatan untuk batu karang hempedu. Batu karang hempedu boleh menjadi sekecil butir pasir sehingga sebesar bola tenis. Anda mungkin mempunyai seketul batu karang hempedu yang besar ataupun butir-butir batu karang hempedu yang kecil di dalam hempedu anda. Namun, selagi batu karang tersebut masih berada di dalam hempedu, tiada apa-apa dan tiada sebarang simptom akan terjadi.
Masalah sebenar terjadi apabila batu karang tersebut tersekat di dalam salah satu tiub. Kadangkala batu karang hempedu berpindah ke duktus sista dan menyebabkan rasa sakit pada abdomen anda (kolik biliari) apabila hempedu cuba untuk mengecut dan merembeskan cecair hempedu ke dalam usus. Kebiasaannya rasa sakit itu datang secara tiba-tiba dan berterusan sehingga 2 jam, lebih-lebih lagi selepas makan. Kesakitan selalunya akan dirasai di bahagian tengah atas dan kanan atas abdomen, kadangkala sehingga ke bahu kanan anda.
Gangguan ataupun sekatan duktus akan mengakibatkan keradangan hempedu (cholecystitis). Punca utamanya tidak dapat dikesan namun dipercayai ianya disebabkan oleh pengaruh secara kimia. Dinding hempedu akan terkoyak seterusnya merembeskan toksin. Anda akan menderita sakit di bahagian abdomen seperti yang disebutkan di atas, namun kali ini beserta demam, malahan kulit akan berwarna pucat kekuningan.
Sekiranya keradangan merebak ke pancreas (pancreatitis akut), organ yang bersebelahan dengan hempedu anda, anda akan menderita sakit abdomen yang mengejut di bahagian tengah atas, rasanya seakan ditikam pisau bermula dari abdomen sehingga menembusi belakang badan anda.
Antara kemungkinan penyakit lain ialah barah hempedu namun ianya adalah sangat jarang berlaku. Ia juga dikira sebagai salah satu komplikasi pembentukan batu karang hempedu.
Siapakah yang berisiko untuk mendapat batu karang hempedu?
- Para gadis cantik di luar sana haruslah mengambil cakna akan perkara ini! Ada bukti yang mengatakan bahawa wanita lebih cenderung mempunyai penyakit batu karang hempedu kerana golongan wanita mempunyai paras hormon estrogen yang lebih tinggi daripada kaum lelaki dalam peredaran darah di mana ianya akan meningkatkan paras kolestrol di dalam cecair hempedu. Selain itu, wanita mengandung juga perlu berhati-hati akan sebab yang sama.
- Warga tua
- Obesiti/Berat badan berlebihan
- Diet mengandungi kandungan kolestrol tinggi dan rendah fiber
- Pengurangan berat badan secara mendadak (semasa anda berpuasa/tidak makan terlalu lama, tubuh akan mula memecahkan lemak. Hati akan menghasilkan dan menghantar lebih banyak kolestrol ke dalam cecair hempedu untuk mencerna lemak)
- Diabetes/kencing manis
- Terapi penukaran hormone/ubat pil perancang

Image Source
Bagaimana cara untuk mendiagnosis penyakit ini?
- Ultrasound abdomen
- ERCP (ultrasound endoskopik)
- CT scan
- X-ray abdomen dan dada
- Ujian darah (tanda-tanda keradangan dan komplikasi)
Apakah rawatan yang perlu diberikan kepada penderita penyakit ini?
Batu karang hempedu tanpa simptom tidak memerlukan sebarang rawatan. Batu karang karang hempedu yang telah menunjukkan tanda-tandanya boleh diuruskan dengan rehat yang cukup, ubat tahan sakit, antibiotik dan drip IV. Kebiasaannya, keradangan akan sembuh dengan rawatan perubatan, namun sekiranya melarat, rawatan pembedahan perlu dijalankan.
‘Cholecystectomy’ ialah nama pembedahan yang dilakukan untuk membuang seluruh hempedu. Anda masih boleh meneruskan kehidupan seperti manusia normal tanpa adanya hempedu!
Jadi, nampaknya anda sudah mengetahui beberapa fakta penting dan utama tentang hempedu, sekarang anda perlulah menjaganya dengan baik! Sekarang anda boleh tahu bahawa anda ada batu karang atau tidak melalui ujian darah. Dapatkan sekarang!
by Qian
Qian's interest in healthcare industry came about after her father was diagnosed with bladder cancer. This experience has led her to become a strong believer in empowering individuals to take charge of their own health. View all articles by Qian.